Monday, July 27, 2015

Part 3: Lester Melanyi Dedahkan BMF dan Bekas Hakim, Matlamat "To Criminalize Najib"

Bahagian ketiga wawancara dengan bekas Perunding Editorial Sarawak Report, Lester Melanyi, mendedahkan pembabitan sebuah badan bukan kerajaan, Bruno Mannser Foundation (BMF) yang berada di belakang Claire Rewcastle-Brown.

BMF sebelum ini merupakan NGO yang berpusat di Switzerland memberi fokus kepada perjuangan alam sekitar di Borneo dan kini telah mengubah agenda kepada mempengaruhi politik Malaysia.

 


Lester Melanyi juga mendedahkan bahawa Claire mungkin tahu beliau ada membuat salah apabila cuba mendapat khidmat peguam di Malaysia melalui bekas Hakim Datuk Linton Albert. Linton Albert adalah saudara kepada Lester.

Lester juga mendedahkan Justo tidak memalsukan dokumen. Dokumen tersebut dipalsukan oleh "IT guy" yang bersama Claire dan Sarawak Report.

No comments:

Post a Comment